Tuesday 23 December 2014

PROSES KERJA

Proses yang pertama ialah menghasilkan tanah liat dalam bentuk segi empat yang berukuran 6x6. Selepas itu, memindahkan lakaran idea yang dipilih pada tanah liat.



Proses yang seterusnya adalah proses mengukir atau proses membuang bahagian yang tidak diperlukan. Alat yang digunakan untuk mengukir adalah "carving tool".

Carving Tool




Proses yang ketiga, proses menghasilkan mould dengan menggunakan "rubber silicone".

"Rubber Silicone"
"rubber silicone" disapukan pada bahagian atas dan tepi tanah liat yang telah siap diukir. 
"rubber silicon" yang telah disapu pada tanah liat mestilah tebal bagi memastikan mould yang dihasilakan tahan lama.
Tunggu sehingga "rubber silicon" mengeras atau kering sebelum menanggalkannya.
Proses keempat ialah menghasilkan 5 kepingan P.O.P dengan menggunakan mould. Sebelum membuat kepingan tersebut, perlu menyediakan kepingan kayu dalam bentuk segi empat dengan ukuran 9x9 dan letakkan pasir bagi memastikan setiap bahagian mould berada pada kedudukan yang betul.



tuangkan plaster of paris dalam bekas yang berisi air.

bancuh plaster of paris sehingga sebati dengan air.

tuangkan bancuhan dalam mould yang telah disediakan.

tunggu beberapa jam sehingga P.O.P mengeras dan barulah boleh dibuka.
Ulang proses yang sama bagi mendapatkan 5 keping karya dalam bentu P.O.P.

Proses yang terakhir adalah proses mewarna dan kemasan. Pilih salah satu daripada 5 karya kepingan P.O.P tersebut dan warna berdasarkan kreativiti.

warna yang digunakan adalah Akirlik.


hasil karya yang telah siap diwarna, mestilah disembur dengan spray Clear bagi memastikan warna akirlik tidak luntur.

hasil karya yang telah siap.


1 comment: