Tuesday 23 December 2014

JENIS-JENIS ARCA

ARCA AWAM

Seni arca boleh diertikan sebagai sebuah hasil seni yang diletakkan di ruang terbuka. Ianya merupakan satu bentukan seni yang berfungsi dalam dimensi ruang menyeluruh. Berlatarbelakangkan ruang persekitaran. kegiatannya telah teertumpu di luar sistem galeri, penghayatannya leeebih tertumpu kepada masyarakat secara terbuka, bersifat kekal dan mementingkan keperluaan tertentu untuk memastikan kewujudannya bersesuaian dengan faktor cuaca, keselamatan, dan penyelenggaraan.
"The Knotted Gun" in Turtle Bay, New York, USA
ARCA MOBAIL

Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. 
(Alexander Calder adalah pelopor arca bergerak pada tahun 1930an.)
ARCA TIMBULAN

Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik.

(Arca timbulan (relief) pada permukaan dinding sebagai monumen untuk memperingati Korban 40000 Jiwa Kota Parepare.)

ARCA STABAIL

Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.
Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.

 (Carder, Alexander‘Stabile,Paris-La-Defense-(1976)]

ARCA INSTALASI 

Arca Instalasi merupakan salah satu kaedah persembahan seni visual dalam satu ruang nyata. Arca instalasi dipersembahkan dengan menyusun objek - objek seni seperti arca, lukisan, cetakan, atau catan dalam satu komposisi yang telah dirancang oleh pengkarya. Proses pemasangan semula dapat dilakukan menerusi arca ini.

[s.visual.shahriman5.jpg]
Rhythm of The 21st Century - Raja Sahriman

ARCA REPLIKA

Arca replika merupakan arca yang mempunyai identiti yang tersendiri. Ianya berfungsi sebagai agen penyampai mesej tentang tempat tersebut. Arca ini mengambil masa yang agak lama dalam proses penghasilannya kerana saiz arca ini yang agak besar.

 Helang, Langkawi

CONTOH - CONTOH ARCA
Contoh arca realis, 'Statue of Habacuc' (1423-35) oleh pengarca Donatello






Contoh arca hyper realistic oleh pengarca Ron Mueck 






Contoh arca abstrak 'Perhubungan', oleh Syed Ahmad Jamal, 1964, bahan : kayu






Bayu Utomo , 'Bujang Berani', 1991, bahan : besi






Anthony Lau, 'Ayam Jantan', 1963, bahan : besi






Reclining Mother and Child, 1975,
Henry Moore, (British, 1898-1986)
bronze, 94.5” x 53.5” x 47.5”






Bicycle Wheel
Marcel Duchamp, 1951






Henri Matisse - Back, IV,
1930-1931






Jacques Lipchitz
Maquette No. 1 for "Musical Instruments"
(1923)








ALEXANDER CALDER
American, 1898-1976)
The Star, 1960
Polychrome sheet metal and steel wire
35 3/4 x 53 3/4 x 17 5/8”






Calder, Alexander -
"Hollow Egg" - (1939)




Mummy Art Doll
Handmade,OOAK art doll sculpture.
Mixed media including fabric and PaperClay.
Height: 7.75", Width: 4.25", Depth: 1.75"






Stylized Martial Arts Sculpture Doll
Wearing Orange Gi

14 comments: