Monday 27 October 2014

PENGERTIAN & DEFINISI ARCA

Pengertian arcaberasal dari bahasa Latin iaitu Sculpere yang bermaksud satu proses mengukir, melarik, mencungkil dan menggores.
Arca merupakan hasil karya seni halus yang berbentuk 3 dimensi, mempunyai nilai estetik yang tinggi. Boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Arca juga merupakan karya seni 3 dimensi yang dihasilkan melalui pelbagai bahan seperti kayu, besi, logam, Plaster Paris dan bahan yang sesuai. Melalui karya arca, kita akan mengetahui bentuk dan ruang, kerana melalui bentuk dan susunan ruang yang baik akan menghasilkan sebuah karya arca yang menarik.

SEJARAH SENI ARCA

Arca bermula di Greece Yunani Purba. Kebanyakan arca adalah dalam bentuk patung. Pada zaman Renaissance, hasil karya arca terkenal ialah bertajuk 'David' dihasilkan oleh Michelangelo.
Di Malaysia, arca awal adalah patung tokoh (tugu) yang dihasilkan oleh penjajah British. Antara tugu yang dibina ialah tugu 'Francis Light' di Pulau Pinang (1938), 'Frank Swettenham' (1921), di Kuala Lumpur, 'Robert Walker' (1910) di Perak dan 'Stamford Raffles' (1887).
Selepas merdeka, pengaruh abstrak expressionist, expressionist dan pop tersebar melalui pelukis muda yang memperolehi pendidikan dari luar negara. Kebanyakan arcawan yang meneroka ke luar negara, seringkali dipengaruhi konsep semasa. Misalnya, Anthony Lau ghairah dengan aliran Vitalisme Henry Moore dan Barbara Hepworth, Latiff Mohidin dengan German ekspressionisnya, Piyadasa dengan arca Marchel Dunchampnya dan Syed Ahmad Jamal dengan pengaruh Raushenberg.

Thursday 2 October 2014

SUBJEK KAJIAN

ALAT WARISAN TRADISIONAL SUKU KAUM DUSUN

Sompotan atau Sumpoton


Sompoton atau Sumpoton adalah sejenis alat muzik tempatan di Sabah.  Ia diperbuat daripada labu air yang dikeringkan.  Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan ke bahagaian buah labu berkenaan dengan menebuk.  Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang buluh terbabit, selain untuk menahan angin daripada keluar melalui celah buluh apabila tiupan dilakukan.

Satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat itu.  Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.

Dengan meniup atau menyedut mulut labu, pemain sompoton boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.


Wakid



Wakid merupakan salah satu daripada alatan tradisional suku kaum dusun yang digunakan untuk mengangkut barang terutamanya ketika pergi ke kebun. Kebanyakan Wakid diperbuat daripada batang buluh dan rotan, namun Wakid juga boleh dihasilkan daripada bahan-bahan lain. Wakid tradisional hanya menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan utama untuk menghasilkannya.